SYAWAL PALING BERMAKNA

Walaupun Syawal telah berlalu meninggalkan kita, tp saya amat bersyukur krn diizinkan Allah swt dapat meraikan Syawal bersama keluarga tercinta. Dan yg lebih berharga Syawal kali ini saya dpt menziarahi pusara ayahanda tercinta buat pertama kali sepanjang hidup 29 tahun di dunia...

Ayahanda tercinta telah pergi mengadap Ilahi seawal umur sy 11 tahun, ms tu darjah 5. Sy mmg x igt sgt sbb ayah & mak hidup terpisah sebelum ayahanda kembali ke Rahmatullah... Kalau x salah, berita kematian ayahanda hanya melalui orang yang menyampaikan. Sy pn x byk tanya pada mak, sbb sy tahu mak mgkn menyimpan 1000 rasa yg x dpt digambar atau dikongsi bersama. Mak & kami adik-beradik mmg x pernah ziarah pusara ayah, sehingga la Syawal br2 ini, sy tergerak hati nk menjejak pusara ayah berdasarkan petua yg diberi mak su (adik ayah). Sy suarakan hasrat kpd kakak2 yg lain, dan mereka setuju.

Perasaan sy mmg berdebar-debar ms menjejakkan kaki ke kawasan perkuburan dan merasakan seperti mahu berjumpa ayahanda dan bkn nya pusara. Kami semua berpecah mencari-cari dgn membaca 1 per 1 tulisan yg ada pada batu nisan setiap pusara di situ. Dlm hati sy terdetik, kalo sesiapa yg pertama jumpa pusara ayah, pastinya org itu adalah org yg paling ayahanda sayang.... Alhamdulillah, kemudian saya adalah org pertama yg jumpa pusara ayah, sy teliti tulisan dlm bahasa jawi, ya mungkin ini la pusara ayahanda sy... MOHD SAAD BIN MAT SAMAN, TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 20 ZULQAEDAH 1414H BERSAMAAN 1 MEI 1994.

Kami semua anak-anak, cucu-cucu & mak sedekahkan al-fatihah kpd arwah, semoga roh arwah tenang dan sentiasa di limpahkan rahmat dan ditempatkan di kalangan orang soleh, amin.... AL-FATIHAH.

Alhamdulillah, akhirnya dpt ziarah pusara ayahanda

Abg Ngah (Ank kedua arwah abg sy)

W/pun cucu2 x pernah jmpa arwah ayahanda, tp msg2 sayu ms ziarah pusara :'(

kasih syg cucu2 pada tokwan


tgk la Adik Izzah, w/pun x tau apa2 tp meniru bila tgk org lain bersihkan pusara ayahanda

Lps ziarah pusara ayahanda, kami bergerak untuk ziarah pusara arwah abg sy di masjid kg sy. Arwah abg meninggal tahun 2000, waktu tu sy br habis SPM n tinggal di kg. Arwah abg meninggal sbb sakit paru-paru berair. Lama jgk arwah dan kakak ipar & anak2 tinggal bersama mak dan sy di kg. Arwah meninggal bulan puasa. Sedih sgt, arwah abg meninggal atas ribaan mak, sayu bila mak ceritakan saat2 sebelum arwah hembus nafas terakhir... Sy tgk mak sgt tabah dgn pemergian arwah abg, mungkin mak puas kerana dpt menjaga ketika arwah sakit. Arwah pun mmg org yg sgt2 baik, menjadi cucu kesayangan tok & wan, dan sgt2 suka menolong org lain. Arwah abg jgk telah banyak berjasa untuk kami sekeluarga, semasa mak membesarkan kami semua adik beradik....semoga arwah abg ditempatkan bersama para solihin, amin....AL-FATIHAH. 

Pusara arwah Abg


Anak Abg yg sulung (pakai baju warna hijau), cucu sulung mak... adik yg pakai kopiah merah putih dukung Adam

Comments

  1. tq ika sbb sudi membaca...mmg ms create post nie sayu ja rasa....huhu :'(
    sbg catatan kenangan Raya Terindah kami sekeluarga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

pengalaman di mahkamah majistret petaling jaya

[Resipi] JAPANESE COTTON CHEESE CAKE MUDAH

BERCUTI DI LANGKAWI 3H2M (Part 3) ~ Mandi Laut & Pool Holiday Villa