My 1st Trial Cup Cakes

As salam semua...

Okey, sebenarnya semalam baru habis exam n mmg memenatkan jari-jemari n memerah otak yg dh lama berkaratz nie selepas 3 hari exam. so smlm lps blk exam singgah kt tesco n beli barang2 nk buat cup cake utk hilangkan stress ngadap exam ;P mmg memasak salah 1 terapi terbaik, selain shopping utk org2 pompuan, kannn?? hehee...

so sy try resipi mudah nie dari internet. Resipi yg sgt2 mudah n hasil yg sgt memuaskan. anak perempuan sy ms sy tgh baking lg dh puji, "sedapnya, mama msk apa nie?" -terharu sy. hehe...

[Resipi] Carrot & Apple with Almond Cup Cakes

Bhn2:-

 200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
Secubit serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1/2 cwn gula perang halus
1/4 cwn gula castor
2 biji telur
1/2 cwn minyak jagung (*sy guna minyak masak je)

50 gm mentega ~ dicairkan
100 gm lobak merah ~ diparut
75 gm apple hijau ~ diparut kasar dengan kulitnya sekali anggaran 1 biji apple kecil
30gm pistachio ~ boleh juga guna kacang lain (*sy guna almond-panggang kejap ye dlm oven; nk bg crunchy2)

Steps:-

Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang muffin dan susunkan cawan kertas didalamnya ~ ketepikan

Ayak tepung bersama baking powder, soda bicarbonate dan garam halus.
Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan kesemua bahan lain kecuali apple, carrot dan kekacang
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
Masukkan apple, carrot dan kekacang
Gaul rata menggunakan spatula sahaja
Scopkan adunan kedalam cawan kertas
Bakar pada suhu 170C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek cawan masak dengan sempurna
*** sbb nie 1st trial sy, so sy sengaja x ltk topping cream cheese lg.. n next time sy akan cuba buatkan sekali dgn topping. Oh, ya adunan nie sy dpt dlm 16 cups shj. so kalo nk buat byk kena la gandakan adunan yaaa...
Rezeki yg ada dikongsi bersama kwn2 pejabat sempena hari berkat,
Jumaat 5 Sya'ban 1434H


Comments

  1. sedappp...nanti boleh buat lagi dan bagi lagi hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... ada rajin, mst ada kt opis pnyeee hahaa :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

pengalaman di mahkamah majistret petaling jaya

[Resipi] JAPANESE COTTON CHEESE CAKE MUDAH

Kek Keju TIRAMISU